Selasa, 07 Agustus 2012

PENTINGNYA KHUSYUK DLM TRADING


Senyap Bila Trade

Senyap Bila Trade
Bismillahirahmanirahim

Cuba kita perhatikan Abg Din & senior2 .. sewaktu market aktif semuanya akan senyap .. tak pernahke terlintas mengapa mereka senyap. Abg Din tgh sedap2 layan borak2 dlm room, market mula gerak tiba2 Abg Din terus menghilangkan diri tanpa sebab. Apakah mereka kedekut ilmu tidak mahu berkongsi akan apa yang sedang berlaku pada market? Kita lihat pada keindahan Islam dan kita ambil pelajaran. Solat satu perkara wajib yang mana ada rukun-rukun, lebih afdal dilakukan secara jemaah, yang paling utama hendaklah kusyuk ketika solat dan diakhiri dengan doa. Sama juga trading, satu ibadah bagi kita dalam mencari rezeki .. ada rukun-rukun ada kerangka kerja, berjemaah supaya kita mampu kongsi akan pengalaman dan ilmu pengetahuan, kyusuk-focus apabila kita sedang trade dan diakhiri dengan doa beramai-ramai kita lihat kembali apa yang telah berlaku untuk kita mengambil iktibar semoga Allah memperbaiki lagi trade kita kelak. Jemaah di masjid hanya bersembang diluar waktu solat sambil2 duduk minum teh tarik, sambil tazkirah .. begitu juga trading .. bila diluar waktu KK kita borak2 di chat room. Bila azan berkumandang semua akan masuk shaf dan kyusuk pada yang Satu, tidak ada yang sibuk utk bersembang lagi atau sedang solat kita melihat org sebelah akan solat2 mereka. Kitapun ada azan ..candle bank hadir.

Bila sampai masa untuk kita trade, kita sepatutnya kyusuk pada analisa kita sendiri, kyusuk pada pergerakkan market .. kenapa ini penting? Semuanya masih belajar memahami TBST, belajar memahami market. Jika kita terlalu sibuk bersembang, memberi idea2, kita sendiri pasti tidak perasan akan sebenarnya apa yang kita perlakukan. Allah telah mengatakan bahawa manusia ini ada kelemahan, senang dipesongkan oleh Iblis. Inilah yang banyak terjadi dlm chat room .. sorang kata candle bank, sorang kata candle lanun, sorang lagi pula kata reversal sedangkan jam baru 2.30pm .. yang masih belum kuat imannya pasti akan keliru dan akan terpesong dari analisa yang baru sahaja dia lakukan. Contoh apa yang berlaku pada 4oct11 .. ramai yang menyatakan candle 3pm itu adalah candle bank riuh dlm chat dengan idea masing2 & ramai pula yang masuk sell .. sedangkan senior2 semuanya mendiamkan diri dan memperhatikan market, mereka nampak lanun, mereka nampak KK ST dan mereka buy apabila cukup syarat. Kita trade ini adalah antara kita dengan Allah sebab ini adalah satu ibadah bukannya perlumbaan kuda yang perlu diriuh-riuhkan. Apabila kita diam, kita hanya mendengar suara sendiri, mendengar apa yang telah kita fahami, mendengar apa keputusan yang kita lakukan, melihat akan hasil dari pendengaran kita dan ini semua dapat mendatangkan ketenangan pada hati sebab kita tahu apa yang sedang berlaku dari mula sampailah ke penghujung. Jika ada kesilapan, akan cepat kita kenal akan kesilapan tersebut. Disebut dalam Al Quran: "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengarandan penglihatan serta hati  supaya kamu bersyukur."

Hanya kita sendiri yang mampu menilai kemampuan kita .. mampu bersyukur akan apa yang telah kita lakukan. Tapi hanya bila mampu mendengar akan diri kita sendiri barulah kita tahu apa yang ada dalam hati kita. Tidak salah utk kongsikan ilmu-ilmu tapi biarlah sebelum atau setelah selesai trade .. masa kita berdoa .. masa kita renung kembali akan apa yang telah kita laksanakan. Postkan pada wall room akan apa yang kita telah buat/pelajari/fahami akan trade sebentar tadi .. InsyaAllah nanti adalah 'malaikat' datang perkenankan doa kita dengan kata-kata sokongan atau teguran membina.

Saya amat berharap cukup2lah dengan idea kita luahkan dalam chat apabila market sedang bergerak tak kiralah kita ni betul ataupun salah .. kita harus berani untuk membuat keputusan sendiri atas ilmu-ilmu yang ada pada diri kita dan biarlah Allah yang menjadi saksi. Untuk menjadi seorang trader yang baik haruslah ada keyakinan diri .. bukan dengan mengikut cakap orang lain .. mungkin hari ni Ali mampu memberi signal2 yang betul tapi esok lusa .. belum tentu Ali akan sentiasa betul.

Saya menulis ini sebab banyak kali teguran telah diberi oleh senior2 tetapi masih ramai yang endah tak endah .. masih lagi teriak sell sell sell .. buy buy buy .. bagilah peluang mereka yang nak belajar ini belajar dari analisa sendiri, dari keputusan sendiri, dari kesilapan sendiri .. nak teriak juga tunggulah trade semua dah selesai kita kongsi2kan akan pengalaman kita menghadapi trade tersebut. Maaf jika apa yang saya tuliskan ini agak menyindir .. kita ambi pelajaran dari Abg Din dari senior2 .. buat apa yang mereka buat InsyaAllah kita pun akan handal seperti mereka juga. 
==Amin==

Tidak ada komentar:

Posting Komentar